Hang Tuah banyak dibicarakan, khususnya dalam kesusastraan. Namun, dalam aspek kesejarahan, perlu kajian ilmiah untuk membuktikan Hang Tuah wujudnya nyata.

Dalam bukunya Antara Sejarah dan Mitos, Sejarah Melayu & Hang Tuah dalam Histpriografi Malaysia, Prof Emiritus Ahmat Adam memiliki pandangan yang berbeda dengan akademisi Malaysia lainnya. Prof Emeritus Ahmat Adam menilai Hang Tuah perlu dibuktikan dengan kaedah sejarah. Ketokohan Hang Tuah banyak dibincangkan dalam karya sastera, namun sosok Hang  Tuah perlu  dibuktikan  menggunakan metodologi sejarah. Jangan mudah mencampurkan aspek legenda, mitos, sejarah menjadi fakta sejarah.

Ahmat Adam telah menulis iaitu sejarah menekankan objektiviti  dan  sikap  tidak  memihak  kepada  sesiapa,  tetapi  sebaliknya  menceritakan  yang  benar saja.Tidak dapat dinafikan cerita tentang Hang Tuah yang tersebar ke pelosok Kepulauan Melayu memang sangat populer. Akan tetapi, kisah petualangannya itu adalah semata-mata bersifat sebuah cerita rakyat atau folklore Melayu yang tersebar melalui Hikayat Hang Tuah.

Hikayat Hang Tuah, sebuah karya yang ditulis atau mungkin juga disalin pada ketika Belanda telah menakluki Melaka, selewat-lewatnya pada akhir abad ke-17 pada ketika zaman kemegahan dan kebesaran kesultanan Melayu telah lupus. Pengarang Hikayat Hang Tuah itu pastilah seorang sasterawan kreatif yang jempolan kerana berjaya mengisi satu aspek daripada keperluan psychic Melayu yang merindui zaman kegemilangan Raja-raja Melayu yang telah hilang. **

Tinggalkan Balasan